Berikut adalah susunan pemakaian lencana bagi ahli PKK SK Batang Kali. Maklumat adalah dirujuk dari buku panduan pengakap. Diharap nama negeri, daerah dan nombor pendaftaran pengakap sekolah dirujuk dari borang ini.
Tuesday, 12 February 2013
Senarai Ahli Sekawan Tahun 4
Senarai nama ahli setiap sekawan tahun 4. Senarai akan dikemaskini dengan nama Ketua Sekawan, Penolong Ketua Sekawan serta Quarter Master dalam masa terdekat. Untuk kegunaan pengisian borang pada buku log PKK.
Nota lencana Keahlian PKK
Kepada semua ahli Pengakap Kanak-Kanak (PKK) SK Batang Kali, anda semua dikehendaki menyalin nota ini selengkapnya sebelum ujian Lencana Keahlian yang akan diadakan pada 20 Februari 2013 nanti. Diharap bersedia untuk ujian.
Semua nota perlu ditulis tangan (tidak dibenarkan menggunakan pencetak dan ditampal), kecuali gambar sahaja. Harap maklum.
Semua nota perlu ditulis tangan (tidak dibenarkan menggunakan pencetak dan ditampal), kecuali gambar sahaja. Harap maklum.
Saturday, 9 February 2013
Contoh Muka Hadapan Buku Log PKK
Dokumen ini adalah muka hadapan yang digunakan untuk ahli PKK Tahun 4 SK Batang Kali di bawah kendalian saya. Jika diperlukan, boleh digunakan oleh ahli PKK tahun 5 dan tahun 6 juga.
Di bawah ini disertakan satu gambar muka hadapan yang telah disiapkan, dibalut luaran menggunakan pita selofan bagi melindungi dari air.
Contoh Muka Hadapan Buku Log
Contoh Biodata dan Rekod Sijil
Diharap semua mendapat manfaat dari entri ini. Maaf jika terdapat sebarang kelemahan.
Friday, 8 February 2013
Borang Senarai Sijil Lencana
Bersama ini disertakan borang senarai sijil lencana. Borang ini perlu dilekatkan pada buku log bersebelahan dengan borang biodata diri ahli PKK. Sekali lagi, bagi pengisian maklumat pada borang, sila rujuk pada pemimpin pengakap bagi tahun anda.
Borang biodata Pengakap Kanak-Kanak SKBK
Di bawah disertakan borang pengisian biodata ahli PKK untuk ditampal di dalam buku log. Bagi cara pengisian setiap perkara, sila rujuk pada pemimpin bagi setiap tahun.
Biodata Pengakap Kanak-Kanak untuk Buku Log by Khairul Hisyam
Biodata Pengakap Kanak-Kanak untuk Buku Log by Khairul Hisyam
Tahun Baru....Azam Baru....
Bersempena dengan tahun baru 2013, saya sebagai Pemimpin Pengakap SK Batang Kali, ingin melancarkan laman blog Pengakap SK Batang Kali.
Tujuan utama pelancaran blog ini adalah sebagai sumber rujukan bagi ahli Pengakap Kanak-Kanak (PKK) SK Batang Kali untuk mendapatkan bahan bagi penulisan buku log.
Tujuan kedua pelancaran blog ini adalah untuk mencatat segala aktiviti yang dijalankan bagi PKK sepanjang tahun ini. Diharap dengan segala aktiviti yang akan dijalankan, pergerakan pengakap SK Batang Kali akan dapat bergerak dengan meriah.
Diharap ahli PKK SK Batang Kali dan juga penolong pemimpin PKK SK Batang Kali mendapat manfaat dari blog ini. In Shaa Allah.
Pemimpin Pengakap
SK Batang Kali
Subscribe to:
Posts (Atom)